Skip to main content

Lionsgate dilaporkan akan menerbitkan filem prekuel kepada siri Hunger Games yang sebelum ini telah menerima 4 filem berdasarkan 3 novel yang ditulis oleh Suzanne Collins.

Filem ini akan memfokuskan kepada watak Coriolanus Snow semasa muda sebelum menjadi antagonis utama di dalam Hunger Games. Filem ini akan dihasilkan berdasarkan novel terbaru untuknya iaitu The Ballad of Songbirds and Snakes yang akan dikeluarkan pada 19 Mei ini.

Buat masa ini masih tiada pengesahan mengenai tarikh ia akan dikeluarkan serta senarai pelakon, tetapi ia akan di arah oleh Francis Lawrence yang mengarah 3 filem terakhir untuk Hunger Games sebelum ini.

Leave a Reply