Perhubungan antara Epic Games dan Google mengenai penggunaan Play Store untuk permainan mereka boleh dikatakan tidak bermula dengan baik. Fortnite hadir ke peranti Android, tetapi bukan secara terus melalui Play Store, sebaliknya pemain perlu memuat turun aplikasi Epic Games Store.

Hari ini, Epic Games tampaknya mengalah dan mengeluarkan permainan pertempuran royale tersebut secara terus melalui Play Store dan pemain kini boleh memuat-turunnya.

Sebagai alasan, Epic Games mengatakan yang Google meletakkan aplikasi yang dimuat turun bukan daripada Play Store di keadaan yang tidak baik, secara teknikal dan juga perniagaan. Tambah mereka lagi, pelbagai amaran diberikan kepada pengguna yang membuatkan mereka merasakan aplikasi tersebut tidak selama. Mereka juga mengatakan Google Play Protect menyekat terus aplikasi yang dimuat turun di luar Play Store.

Berdasarkan pengalaman kami menggunakan Android, apa yang dinyatakan oleh Epic Games adalah tidak benar. Bermain Fortnite walaupun bukan melalui Play Store juga tidak menjadi masalah. Jadi tidak pasti apa yang dimaksudkan oleh Epic Games.

Apapun, ia sudah semestinya menjadi perkara yang memudahkan bagi pengguna Android kerana kesemuanya boleh diakses secara terus melalui Play Store.

Sohor Kini