No Straight Roads hari ini diumumkan akan dikeluarkan pada 30 Jun 2020 untuk PlayStation 4 dan PC secara esklusif melalui Epic Games Store.

Selain itu, edisi Collector untuk PS4 buat permainan tersebut juga diumumkan.

Seperti yang anda lihat di atas, set edisi Collector’s tersebut akan menyertakan pelbagai barangan tambahan seperti (buat masa ini, harga masih tidak disahkan):

  • Permainan penuh No Straight Roads
  • Kotak dengan rekaan khas
  • Rekod vinly muzik latar permainan
  • Kayu drum esklusif rekaan NSR
  • Buku karya seni khas dengan 64 muka surat

No Straight Roads adalah permainan sulung untuk pembangun tempatan Metronomik.

Sohor Kini