Skip to main content

November lepas, Arc System Works mengumumkan secara rasmi permainan seterusnya buat siri Guilty Gear dinamakan sebagai Guilty Gear Strive yang mana ianya disahkan bakal tiba tahun ini di PlayStation 4.

Pada penghujung pengumuman tersebut, mereka mengacahkan watak Faust dan kini, mereka akhirnya memperlihatkan watak tersebut secara rasmi.

Seperti anda sedia maklum, siri Guilty Gear merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan pelbagai jenis watak dengan setiap watak mempunyai senjata yang unik. Sebelum ini mereka telah mengumumkan 6 watak yang bakal tiba dan kini watak ke-7, tampaknya adalah watak Faust.

Faust merupakan seorang yang berkebolehan di dalam bidang perubatan, namun beliau menjadi gila. Asalnya watak Faust dikenali sebagai Dr. Baldhead dan bermula dari siri Guilty Gear X, beliau dikenali sebagai Faust. Dari segi senjata, kelihatan melalui Guilty Gear Strive ini, Faust akan kembali menggunakan senjata skalpel besar beliau dengan pakaian seolah seorang jururawat.

Selain dari pengumuman watak ini, Arc System Works juga mengesahkan selain dari platform konsol PlayStation 4, permainan ini juga akan dilancarkan dengan versi arked. Selain itu, Arc System Works juga mengesahkan beta tertutupkan dirancang untuk diadakan sekitar suku kedua tahun ini.

Manakala dari segi informasi lanjut, mereka akan mengadakan demo khas di acara Japan Amusement Expo sekitar Februari ini di Jepun dan video acah baharu akan dikongsikan menjelang Mac ini.

Leave a Reply