Minggu lepas, kami melaporkan yang mana filem Sonic telah pun mencapai jumlah kutipan melebihi RM400 juta secara global untuk kutipan hujung minggu pertama.

Terkini, selang seminggu, filem Sonic The Hedgehog terus mencapai jumlah kutipan yang tinggi dengan jumlah sebanyak $203 juta iaitu sekitar RM857 juta dengan jumlah RM3.4 juta adalah daripada kutipan tempatan.

Dari segi pasaran Amerika Syarikat, menurut laporan The Wrap juga filem ini juga berjaya menumpaskan filem Call Of The Wild oleh 20th Century Studios untuk filem kutipan tertinggi untuk hujung minggu ini.

Semestinya kejayaan ini membuahkan hasil kejayaan yang tinggi dan seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini juga yang mana filem ini adalah filem yang diadaptasikan daripada permainan video tertinggi untuk hujung minggu pertama.

Meskipun begitu dari kutipan secara keseluruhan, filem ini masih lagi tidak berjaya tandingi filem Warcraft dan Dectective Pikachu yang mana ianya secara keseluruhan mencapai jumlah kutipan melebihi $400. Kami juga percaya atas sebab wabak koronavirus, filem ini juga masih belum lagi ditayangkan di pasaran China, yang mana terus memberi kesan terhadap kutipan globalnya.

Walau bagaimana pun, kerjaya filem ini dengan bajet sekitar $90 juta kami percaya ianya pasti akan membuah sekuel pada masa akan datang.

Kami di Aksiz juga sangat menyukai filem ini di mana ianya adalah satu filem yang sangat ringan dengan elemen berdasarkan siri Sonic yang berasa sangat asli dan kelakar. Kami juga telah pun membuat ulasan filem tersebut di mana anda boleh menontonnya di bawah.

Filem Sonic The Hedgehog telah pun ditayangkan di panggung wayang bermula 14 Februari 2020 lepas dan bagi anda yang masih belum menontonnya, pastikan anda ke panggung wayang terdekat untuk melihat Sonic beraksi secara nyata.

Leave a Reply