Sejak pengumuman rekaan Sonic diolah semula tahun lepas, filem Sonic The Hedgehog semestinya mendapat perhatian ramai bukan sahaja atas sebab ianya kelihatan sangat asli dengan rekaan asal Sonic, malah ianya merupakan satu filem adaptasi daripada permainan video yang sering diperkatakan mempunyai masalah apabila ke layar perak.

Terkini, melalui laporan Deadline, kelihatan peminat sangat menyukai filem tersebut di mana ianya kini telah pun mencapai jumlah kutipan melebihi $113 Juta(~RM468 Juta) secara global di mana kutipan di Amerika Syarikat sahaja mencapai $70 juta berdasarkan laporan Box Office Mojo setakat hari ini.

Semestinya ini adalah satu jumlah yang sangat banyak dan ianya hanya mula dipertayangkan pada penghujung minggu lepas. Tambahan itu, jumlah ini juga mencapai lebih dari jumlah kutipan untuk hujung minggu pertama bagi filem Detective Pikachu, yang mana juga adalah satu filem adaptasi permainan video.

Dengan kejayaan ini, kami juga pasti Paramount dan SEGA akan membawa sekuel kepada filem ini pada masa akan datang.

Kami di Aksiz juga sangat menyukai filem ini di mana ianya adalah satu filem yang sangat ringan dengan elemen berdasarkan siri Sonic yang berasa sangat asli dan kelakar. Kami juga telah pun membuat ulasan filem tersebut di mana anda boleh menontonnya di bawah.

Filem Sonic The Hedgehog telah pun ditayangkan di panggung wayang bermula minggu lepas dan bagi anda yang masih belum menontonnya, pastikan anda ke panggung wayang terdekat untuk melihat Sonic beraksi secara nyata.

Sohor Kini