Jika anda, untuk apa sebabnya, ingin membeli Grand Theft Auto IV, anda tidak akan dapat mencarinya di Steam. Ini adalah kerana permainan oleh Rockstar tersebut telah dibuang daripada Steam beberapa hari lepas.
Pada awalnya, kami menjangkakan ia adalah disebabkan oleh masalah pelesenan lagu akan tetapi Rockstar menyatakan kepada USGamer yang ia adalah berkait dengan Games for Windows Live.
Oleh disebabkan perkhidmatan tersebut terbina di dalam pemrainan GTA IV dan ia sudah pun ditutup oleh Microsoft pada tahun 2014, Rockstar tidak lagi dapat menjual permainan tersebut di Steam tanpa mencari jalan penyelesainya untuknya.
Rockstar juga mengatakan yang mereka akan mencari cara lain untuk mengedarkan-nya dan akan berkongsi informasi lanjut kemudian.