Baru sahaja beberapa minggu lepas, Sucker Punch berkongsi video acah baharu buat permainan Ghost Of Tsushima dan ianya disahkan bakal dilancarkan tahun hadapan.

Terkini, Sucker Punch berkongsi satu kod khas di Twitter mereka yang mana pemain boleh dapatkan tema dinamik khas berdasarkan permainan tersebut secara percuma.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan tema tersebut bagi pemain di Malaysia, anda boleh menebusnya di PSN Store dengan menggunakan kod di bawah. Ianya boleh dimuat-turun secara percuma dan kod tersebut akan tamat tempoh menjelang 31 Januari 2020 ini.

[info] Kod Tema Dinamik Ghost Of Tsushima : DHLN-HANF-F6LH [/info]

Leave a Reply