Ghost of Tsushima merupakan permainan yang dibangunkan oleh Sucker Punch dan masih tidak menerima tarikh pengeluaran. Oleh kerana itu, ramai yang menjangkakan ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 berbanding PlayStation 4.
Hari ini, ketika acara The Game Awards 2019 sambungan trailer untuk permainan ini diperlihatkan di mana ia juga mengumumkan yang ia akan tiba pada suku ketiga 2020 untuk PlayStation 4. Video tersebut boleh ditonton di bawah.
Walaupun masih tiada tarikh tetap, tetapi sekurang-kurangnya kita ada tarikh yang lebih kukuh.