Julai lepas, Rockstar Games melancarkan kemaskini The Diamond Casino & Resort yang mana ianya menyertakan pelbagai kandungan baharu buat permainan Grand Theft Auto Online dan kini mereka mengumumkan satu lagi misi Heist baharu buat permainan tersebut iaitu The Diamond Casino Heist.
Melalui kemaskini ini, pemain kini berupaya untuk merancang pencurian Heist di kasino Diamond yang mana pemain diberi 3 pilihan untuk melakukannya sama ada secara senyap, secara agresif ataupun secara selinap dengan berlakon sebagai kakitangan penyelenggaraan kasino tersebut.
Menariknya juga, kemaskini ini juga akan sertakan lokasi arked baharu yang akan sertakan 12 permainan seperti Badlands Revenge II, The Wizard’s Ruin dan sebagainya.

Menariknya juga, kemaskini ini juga akan menyertakan 5 kenderaan baharu yang memfokuskan Heist tersebut iaitu kenderaan Karin Everon, Lampadati Komoda, Maxwell Asbo, Maxwell Vagrant dan Vapid Retinue MKLL. Selain itu kenderaan SUV Rebla GTS juga disertakan.
Kemaskini ini juga akan sertakan pelbagai lagi kandungan tambahan lain yang anda boleh lihat di senarai kemaskini permainan ini di bawah.
Bagi anda yang masih bermain Grand Theft Auto Online, pastikan anda mencuba kemaskini ini bermula hari ini.