Skip to main content

Semestinya salah satu permainan terlaris oleh Rockstar Games, Grand Theft Auto Online kini bakal menerima satu lagi kemaskini baharu iaitu The Diamond Casino & Resort di mana ianya bakal dilancarkan secara rasmi bermula 23 Julai 2019, minggu hadapan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Melalui kemaskini Grand Theft Auto Online: The Diamond Casino & Resort ini, seperti biasa Rockstar Games akan meneyrtakan pelbagai misi baharu dan penceritaan baharu yang bakal pemain terokai.

Memandangkan kemaskini ini memfokuskan perjudian kasino, pemain juga berupaya untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti yang tersedia bersama seperti berjudi di kasino, mesin slot dan sebagainya.

Menariknya sekali, bagi anda yang pernah bermain Grand Theft Auto V, watak Tao Cheng juga bakal kembali melalui kemaskini ini yang mana pasti akan memberi lebih banyak lawak jenaka buat pemain.

Bagi anda yang masih bermain Grand Theft Auto Online, pastikan anda mencuba kemaskini ini menjelang minggu hadapan.

Leave a Reply