BoBoiBoy Movie 2 adalah filem kedua BoBoiBoy daripada Animonsta Studio. Ia mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakan (Gopal, Yaya, Ying, Fang, Papa Zola dan ramai lagi) di angakasa. Sedang mereka melakukan misi, Retak’ka menyerang dan mendakwa yang kuasa BoBoiBoy itu milik beliau. Kuasa tersebut adalah Elemental. Jadi pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakan diteruskan dengan memburu Retak’ka untuk tewaskannya.

Filem ini baru sahaja ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula semalam, iaitu 8 Ogos 2019. Baru satu hari, filem ini sudah berjaya mengutip RM1.18 Juta. Secara tidak langsung menjadi filem animasi pertama Malaysia yang mencapai kutipan setinggi ini dalam masa satu hari sahaja. Filem ini mendapat sambutan yang sangat hebat, sehinggakan ada juga dari luar negara sanggup datang ke Malaysia untuk menontonnya.
Jika anda belum saksikan filem ini, anda digalakkan untuk tonton. Skor kami adalah 9.5/10. Bagi yang pergi menonton, selepas filem tamat tunggu sebentar untuk saksikan adegan pasca-kredit.