Skip to main content

Selepas 10 minggu ataupun 70 hari di tayangkan, yang secara sendirinya pun telah memperlihatkan populariti filem ini, Monsta mengumumkan yang filem tersebut telah berjaya mengutip sebanyak RM30 juta.

Ia adalah kutipan bagi pasaran Malaysia, Brunei, Singapura, dan Vietnam di mana RM29.6 juta adalah kutipan di Malaysia. Kutipan ini juga tidak menyertakan jumlah kutipan di Indonesia.

Filem tersebut sebelum ini mengutip RM21.2 juta selepas 11 hari sahaja tayangan, menjadikan kejayaan mendapat RM30 juta adalah satu yang sangat baik tetapi tidak mengejutkan.

Tahniah kami ucapkan untuk Monsta.

Leave a Reply