September lepas kami melaporkan yang Reef Entertainment akan mengeluarkan permainan menembak pandangan diri pertama berdasarkan siri popular Terminator iaitu Terminator: Resistance.

Minggu ini, mereka berkongsi dua video iaitu 10 minit pertama (adegan dipotong) dan juga video bentuk permainan. Bagi video 10 minit pertama, ia memperlihatkan bagaimana watak yang dikawal oleh anda iaitu Jacobs Rivers yang merupakan tentera untuk resistance hampir dibunuh oleh Terminator sebelum diselamatakan oleh satu suara misteri.

Pemain kemudiannya diperlihatkan membantu orang awan daripada serangan Terminator/Skynet. Ia juga memperlihatkan elemen pilihan melalui dialog, di mana ia memberi kesan kepada perhubungan dan juga kejadian di dalam permainan.

Manakala untuk video bentuk permainan, ia memperlihatkan lebih banyak jenis senjata berbeza yang digunakan seperti plasma dan pisau elektrik. Terminator: Resistance akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC pada 15 November 2019.

Sohor Kini