Razer hari ini telah melancarkan Razer Hammerhead True Wireless Earbuds. Ia adalah TWS jenis bukan dalam telinga dan mirip dengan AirPods versi lama. Razer mendakwa yang TWS mereka ini adalah amat sesuai untuk gaming dan mempunyai latensi ultra rendah melalui cip Bluetooth 5.0 yang khusus.

Razer turut menyatakan yang TWS ini akan memberikan pengalaman yang lebih imersif ketika bermain permainan. Razer Hammerhead True Wireless Earbuds ini juga menyertakan kawalan sesentuh gestur untuk mengawal media dan sebagainya. Bateri pada pod pengecas adalah 275mAh dan boleh mengecas TWS Razer ini sehingga empat kali untuk bertahan selama 15 jam, namun tanpa pod pengecas – ia hanya mampu bertahan selama 3 jam sahaja.

Untuk perlindungan pula, ia hadir dengan IPX4 untuk kalis percikan seperti peluh atau hujan. Harga jualan Razer Hammerhead True Wireless Earbuds adalah $100, iaitu sekitar RM418.

Sohor Kini