Siri The Mandalorian akan boleh distrim bermula 12 November ini menerusi Disney+. Siri asli dari dunia Star Wars menerima sebuah lagi trailer hari ini dan kali ini memperlihatkan lebih banyak aksi menarik yang boleh ditonton kelak.
Antara babak menarik yang dapat dilihat ialah The Mandalorian menghantar bongkah Carbonite yang mengandungi insan-insan yang telah berjaya diburu serta beliau menentang segerombolan Stormtroopers. Suara beliau juga dapat didengari buat pertama kali. Siri ini adalah yang paling dinantikan kerana buat pertama kali pemburu upahan dijadikan watak utama di dalam dunia Star Wars. Malang sekali bagi peminat di Malaysia, sehingga kini tarikh pelancaran Disney+ di negara kita masih lagi belum diumumkan.