Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Pertama Siri The Mandalorian Untuk Disney+ Diperlihatkan

Trailer Pertama Siri The Mandalorian Untuk Disney+ Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 24, 2019 oleh .

Bangsa Mandalorian ialah bangsa yang melawan. Jika anda membaca novel atau menggemari permainan dari dunia Star Wars, Mandalorian adalah bangsa berperang yang terkenal dengan sikap suka berlawan. Di acara D23 yang berlangsung pagi ini, trailer pertama siri The Mandalorian dipertontonkan.

Siri ini akan mengikuti perjalanan The Mandalorian lakonan Pedro Pascal (Prince Oberyn Martell dari siri Game of Thrones) yang memburu insan-insan yang dikehendaki untuk mendapatkan ganjaran wang di dalam dunia Star Wars. Penonton akan mengikuti pengembaraan beliau di dalam dunia yang sedang penuh kekacauan selepas kejatahun The Empire selepas kematian Emperor di dalam Star Wars The Return of The Jedi.

The Mandalorian ditulis dan diterbitkan oleh Jon Favreau yang sebelum ini merupakan penerbit untuk siri Iron Man dan pengarah filem The Lion King. Siri ini akan boleh distrim bermula 12 November hadapan.


TIPS & ULASAN