Informasi Permainan Video Terkini
Rekaan Baharu Sonic Buat Filem Aksi-Nyata Sonic The Hedgehog Tertiris

Rekaan Baharu Sonic Buat Filem Aksi-Nyata Sonic The Hedgehog Tertiris

Diterbitkan pada Okt 28, 2019 oleh .

Sebelum ini kami melaporkan yang mana filem aksi-nyata Sonic The Hedgehog ditunda akibat ramai peminat tidak berpuas hati atas rekaan Sonic tersebut.

Terkini, melalui laporan NintendoLife, terdapat beberapa pengguna sosial media di Twitter berjaya mengambil beberapa foto yang mana mempamerkan rekaan baharu buat watak Sonic tersebut.

Menariknya, rekaan tersebut juga kelihatan seakan rekaan asal dari siri Sonic dari permainan videonya, termasuklah dengan adanya “sarung tangan” berwarna putih dengan rekaan mata yang lebih ke arah kartun seperti rekaan asal Sonic.

Buat masa ini, imej rasmi masih belum dikongsikan oleh Paramount Pictures dan seperti yang kami laporkan sebelum ini, filem ini akan ditayangkan 14 Februari 2020 kelak.


TIPS & ULASAN