Skip to main content

Filem terakhir di dalam saga Star Wars akan muncul ke layar perak pada 20 Disember ini. Pagi ini pihak LucasFilms telah melancarkan trailer terakhir untuk Star Wars : The Rise of The Skywalker yang memberikan petanda siri ini akan berakhir dengan tragedi.

Terdapat banyak babak-babak baharu yang tidak diperlihatkan sebelum ini. Antara babak paling menarik ialah pertarungan di antara Rey dan Kylo di atas platform yang mengingatkan kami kepada pertarungan akhir di antara Solid Snake dan Revolver Ocelot. Selepas berakhirnya filem ini, Disney tidak mempunyai perancangan masa pendek untuk menghasilkan trilogi baharu. Bagi mereka yang masih memerlukan lebih banyak kandungan berkenaan Star Wars, hanya The Mandalorian boleh mengubati rindu anda sejurus selepas ia ditawarkan menerusi Disney+.

Leave a Reply