Skip to main content

Ramai mungkin tidak mengetahui tentang perkara ini, tetapi perkhidmatan penstriman siaran langsung Twitch kini dimiliki oleh syarikat teknologi Amazon.

Baru-baru ini, terdapat beberapa penstrim popular yang menerima jemputan daripada Twitch untuk menguji ciri terbaru mereka, iaitu tontonan video beramai-ramai melalui satu strim sahaja.

https://twitter.com/juiceDiem/status/1185381194675998722?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1185381194675998722&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.polygon.com%2F2019%2F10%2F19%2F20922170%2Ftwitch-watch-parties-beta-test-streamers-pc

Menurut jemputan yang diterima, penstrim-penstrim ini boleh berkongsi tontonan filem dan siri televisyen melalui Amazon Video dengan para pengikut mereka yang mempunyai langganan Amazon Prime Video.

Buat masa ini, jumlah filem dan siri televisyen yang boleh ditonton melalui ciri ini adalah terhad, oleh kerana ciri tontonan beramai-ramai ini masih berada didalam fasa ujian.

Twitch masih belum mengumumkan bilakah ciri ini akan dikeluarkan secara umum, tetapi bergantung kepada betapa popularnya ciri ini, kita mungkin akan dapat melihatnya dikeluarkan tidak lama lagi.

Leave a Reply