Skip to main content

Devolver Digital hari ini memperlihatkan video acah khas buat permainn Exit The Gungeon yang mana ianya diumumkan ketika pengumuman Apple Arcade semalam.

Exit The Gungeon merupakan permainan sampingan untuk Enter The Gungeon yang mana berbanding permainan tersebut, kali ini ianya memfokuskan pemain untuk melarikan dari “Gungeon” tersebut.

Menariknya, berdasarkan video acah yang diperlihatkan, Exit The Gungeon akan memfokuskan bentuk platformer 2 dimensi, berbanding permainan Enter The Gungeon yang memfokuskan bentuk secara lebih bebas dengan 3 dimensi pergerakan.

Melalui permainan ini, pemain akan diletakkan di dalam lif yang mana ianya akan bergerak ke atas, dan seperti permainan sebelum ini, pemain perlu tembak dan mengelak daripada serangan musuh. Berdasarkan video acah tersebut juga, Exit The Gungeon juga kelihatan akan menyertakan sebilangan watak pilihan yang berbeza untuk pemain gunakan.

Buat masa ini, ianya disahkan bakal tiba di Apple Arcade dan Devolver Digital tidak menyatakan jika ianya akan tiba di platform kelak. Seperti biasa, akan kami kongsikan setelah mereka mengumumkannya kelak.

Leave a Reply