Seperti kita sedia maklum, Nintendo Switch Lite akan dikeluarkan pada 20 September ini, dan sebelum ini beberapa kedai telah membuka pra-tempah untuk konsol tersebut tetapi harga masih tidak disahkan lagi.
Hari ini, kedai permainan Impulse Gaming (JB) telah mengumumkan yang harga untuk Switch Lite adalah RM949 bersama dengannya pembeli akan diberikan pelindung skrin secara percuma dan juga boleh menambah RM50 untuk mendapatkan satu permainan percuma Lego Movie 2 ataupun Lost Sphear.
Ia merupakan set yang diedarkan oleh Maxsoft Asia iaitu pengedar rasmi barangan Nintendo di Singapura dan Malaysia.

Buat masa ini masih tiada kedai-kedai lain yang menawarkan dengan satu harga tetap. Namun kami merasakan harga yang ditawarkan di Malaysia tidak akan terlalu berbeza dengan harga yang ditawarkan oleh Impulse.
Berdasarkan penyenaraian, Switch Lite di Malaysia akan tiba pada tarikh yang sama dengan pelancaran global iaitu pada 20 September 2019. Apa pendapat anda dengan harga tersebut?