Skip to main content

Borderlands 3, permainan terbaru didalam siri permainan komputer Borderlands 3 akan tiba di pasaran global pada 30 September kelak. Permainan ini akan tiba di platform Sony PlayStation 4, Microsoft Xbox One dan juga PC pada masa yang sama.

Gearbox, syarikat pembangun disebalik permainan ini baru sahaja memperlihatkan spesifikasi minima dan disyorkan untuk Borderlands 3. Untuk kedua-dua spesifikasi ini, ia boleh diperlihatkan bahawa anda tidak memerlukan komputer dengan spesifikasi mahal untuk menikmati permainan tersebut dengan selesa.

Spesifikasi PC Minima Borderlands 3

  • Sistem Operasi – Windows 7/8/10
  • Processor – AMD FX-8350 ataupun Intel i5-3570
  • Memori – 6GB RAM
  • Kad Grafik – AMD Radeon™ HD 7970 (NVIDIA GeForce GTX 680 2GB)
  • Storan – 75 GB

Spesifikasi PC Disyorkan Borderlands 3

  • Sistem Operasi – Windows 7/8/10
  • Cip Pemprosesan – AMD Ryzen 5 2600 ataupun Intel i7-4770
  • Memori – 16GB RAM
  • Kad Grafik – AMD Radeon RX 590 ataupun NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB
  • Storan – 75 GB

Dalam pada itu, pengguna juga boleh melayari laman web Borderlands 3 untuk melihat bagaimana anda boleh memaksimakan tetapan grafik PC anda supaya anda boleh mendapatkan pengalaman bermain Borderlands 3 yang terbaik.

Leave a Reply