Pada bulan Mei lepas, Disney telah mengumumkan perancangan filem-filem mereka dan di antaranya adalah Cruella iaitu filem prekuel kepada 101 Dalmatians di mana ia memfokuskan kepada watak penjahat dalam filem tersebut Cruella waktu muda.

Watak tersebut akan dibintangi oleh Emma Stone, dan semasa acara D23 Expo, mereka memperlihatkan Emma Stone sebagai Cruella di dalam satu gambar. Ia juga memperlihatkan Dalmatians.

Selain Emma Store, filem ini juga akan dibintangi oleh Emma Thompson, Paul Walter hauser dan Joel Fry. Ia akan diarah oleh Craig Gillespie dan akan ditayangkan pada 28 Mei 2021.

Sohor Kini