April lepas kami sudah melaporkan yang penceritaan seterusnya bagi Marvel Cinematic Universe akan turut hadir melalui siri TV di platform penstriman Disney iaitu Disney+.

Di persidangan San Diego Comic Con, empat siri telah disahkan akan tiba pada tahun 2021 iaitu;

Loki

Siri TV Loki telah disahkan akan tiba pada suku kedua tahun 2021 dan ia akan melihatkan Tom Hiddleston terus memegang watak tersebut. Siri ini berlaku selepas kejadian di dalam Avengers: Endgame yang melibatkan Loki.

WandaVision

Selain itu, mereka juga mengesahkan siri TV berdasarkan watak Wanda dan Vision akan turut dikeluarkan pada suku kedua tahun 2021. Elizabeth Olsen dan Paul Bettany akan kembali untuk melakonkan watak Wanda Maximoff dan Vision. Siri ini juga akan berlaku selepas kejadian di dalam Avengers: Endgame. Vision hidup semula? Atau Wanda kembali ke masa silam?

The Falcon dan Winter Soldier

Sebagai rakan kepada Captain America, mereka berdualah boleh dikatakan sebagai penerus legasi, Antony Mackie akan terus memegang watak Sam Wilson yang selepas Endgame diberikan tanggungjawab untuk menjadi Captain America manakala Sebastian Stan akan kembali sebagai Bucky. Siri ini dikatakan akan berlaku selepas kejadian Spider-Man: Far From Home dan akan tiba pada suku terakhir tahun 2020.

Hawkeye

Hawkeye akhirnya tidak dilupakan, apabila siri mengenai watak tersebut disahkan akan tiba di Disney+ pada suku terakhir tahun 2021. Jeremy Renner akan meneruskan tugasan beliau sebagai Hawkeye dan penceritaan akan berlaku selepas Avengers: Endgame. Ia juga akan menyertakan watak Kate Bishop.

Ini adalah satu barisan siri TV yang baik untuk Disney+ sudah semestinya akan menggantikan Netflix untuk menjadi tuan rumah kepada siri TV watak-watak Marvel. Siri TV apa yang paling menarik minat anda?

Sohor Kini