Informasi Permainan Video Terkini
Kutipan Filem Venom Mencecah Lebih RM2 Bilion – Box Office Seluruh Dunia

Kutipan Filem Venom Mencecah Lebih RM2 Bilion – Box Office Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Filem Venom adalah filem daripada Sony yang diadaptasi daripada komik Marvel. Ia mengisahkan Venom, iaitu symbiote yang masuk ke dalam badan Eddie Brock. Filem daripada Sony ini adalah sedikit berbeza, kerana watak Venom dilihat langsung tiada unsur-unsur Spiderman. Filem ini berjaya mengumpul kutipan sebanyak $500 Juta iaitu lebih daripada RM2 Bilion.

Menarik dengan filem ini, ia turut mempunyai adegan di Malaysia – iaitu di Sibu, Sarawak. Walau bagaimanapun, filem dalam kategori adiwira Marvel – kutipan ini adalah sangat sedikit. Ini kerana filem Marvel siri MCU kebiasaannya berjaya mengutip $750 Juta. Tetapi, untuk filem dengan bajet rendah iaitu hanya sekitar $100 Juta berbanding filem-filem MCU yang bajetnya melebihi $175 Juta – kutipan filem Venom ini adalah satu perkara yang menarik.


TIPS & ULASAN