Diablo Kini Boleh Dimainkan Melalui Pelayar Web

Diablo adalah sebuah permainan komputer RPG yang terawal dan paling popular dimainkan oleh peminat-peminat permainan RPG. Dibangunkan oleh syarikat pembina permainan komputer Blizzard, ia boleh dikatakan salah satu permainan lagenda yang pernah keluar di platform PC.

Terkini, Rivsoft telah menggodam permainan tersebut, dan membolehkannya dimainkan melalui pelayar web. Syarikat tersebut menggunakan kod sumber asas permainan tersebut, dan hadir dengan perisian yang membolehkan orang ramai untuk menggerakkannya tanpa perlu memasang perisian permainan Diablo.

Terdapat dua cara untuk memainkan permainan ini. Pertama ialah dengan memuat turun perisian shareware daripada laman web Rivsoft, yang kemudiannya boleh dimainkan secara terus, manakala cara kedua pula ialah dengan memuat-naik fail DIABDAT.MPQ daripada folder permainan anda ke laman web tersebut jika anda memiliki permainan tersebut daripada platform pembelian permainan GOG.

Sohor Kini