Tahukah anda filem Avengers: End Game bukan penamat buat pasukan Avengers. Banyak filem-filem MCU lain telah dirancang selepas End Game. Cuma, tiada lagi kenyataan jika filem-filem MCU selepas End Game adalah sekuel atau prekuel, salah satu yang masih menjadi misteri adalah jalur masa Spider-Man: Far From Home.

Sebentar tadi, kami telah laporkan tarikh rasmi Disney+. Di mana ia adalah satu platform penstriman tersendiri Disney yang akan kumpulkan banyak siri TV atau filem berkait dengan Disney. Antara yang menarik perhatian kami adalah siri TV MCU.


‘WandaVision’

WandaVision adalah gabungan nama Wanda Maximoff iaitiu Scarlet Witch dan Vision. Siri TV ini akan menceritakan kisah dua ahli Avengers ini. Apa yang menarik adalah, kedua-dua pelakon watak ini akan kekal sama iaitu; Elizabeth Olsen dan Paul Bettany. Walau bagaimanapun, tiada lagi sinopsis untuk buat siri TV ini. Saya menjangkakan yang Disney X Marvel mungkin akan ceritakan kisah sebelum dan selepas Avengers. Kita lihat dalam filem Infinity War yang Vision dan Scarlet Witch adalah satu pasangan kekasih yang menarik, kemudian Vision mati pada akhir filem. Ada kemungkinan juga, siri TV ini akan menceritakan jalan cerita yang tergantung dalam MCU.

Falcon & Winter Soldier

Siri TV ini akan mengisahkan persahabatan Falcon dan Winter Solidier. Di mana dua insan ini adalah sahabat baik kepada Captain America. Siri TV ini mungkin akan mempertontonkan pembangunan dua watak ini, seperti bagaimana Falcon boleh terima Winter Soldier sebagai sahabat baik, sedangkan beliau sebelum ini adalah penjahat? Siri TV ini juga mungkin akan hanya fokus kepada dua watak ini dan kemungkinan besar nama Captain America hanya akan disebut tetapi tidak akan tampil dalam siri TV ini kerana kontrak sudah tamat. Pelakon juga adalah kekal sama iaitu; Anthony Mackie dan Sebastian Stan.

Loki

Sudah dua siri TV Disney+ disahkan mengisahkan pasangan tertentu, bagaimana pula dengan kisah solo? Salah satu siri TV yang telah disahkan adalah siri TV solo Loki. Seperti yang semua sudah maklum, Loki adalah watak penjahat yang berbeza dengan penjahat lain. Perwatakan beliau adalah lebih nakal, dungu dan lawak. Jika Disney X Marvel ingin teruskan jalan cerita yang hilang/tergantung dalam MCU, siri TV ini mungkin akan mengisahkan Loki selepas Thor: Darkworld – seperti bagaimana beliau tidak mati dek kerana Dark Elf dan menyamar jadi Odin. Pelakon Loki juga akan kekal dimainkan oleh Tom Hiddleston.

What If

What If adalah satu siri TV animasi yang berbeza dan unik. Jalan cerita ada sedikit berkait dengan MCU, cuma ia adalah dari satu perspektif unik. What If, jika diterjemah adalah – Apa Akan Terjadi..? Siri animasi ini akan memfokuskan apa yang akan terjadi dalam MCU jika situasi B berlaku dan bukan situasi A. Episod pertama menurut Disney adalah mengisahkan apa yang bakal terjadi jika Peggy Carter yang mengambil serum adi-askar dan Steve Rogers pula akan menjadi Iron Man menggunakan sut yang dicipta oleh Howard Stark iaitu bapa kepada Iron Man. Ada kemungkinan besar suara-suara watak animasi ini akan dilakonkan oleh pelakon asal iaitu Hayley Atwell, Chris Evans, dan Dominic Cooper. Dalam komik Exiles Vol. 3 #3 Peggy Carter atau Margaret Carter pernah menjadi Captain America.

Hawkeye

Siri TV seterusnya yang baru sahaja disahkan adalah kisah solo Hawkeye. Seperti siri TV lain MCU tadi, siri TV ini turut akan mengekalkan pelakonnya Jeremy Renner sebagai Hawkeye. Juga sama, tiada lagi sinopsis untuk siri ini. Tetapi saya menjangkakan, siri TV ini akan mengisahkan pembangunan watak Hawkeye yang berubah menjadi Ronin. Seperti aksi beliau selepas keluarga beliau mati dipetik Thanos dan kaitan dengan Yakuza.

“Marvel’s Hero Project” dan “Marvel’s 616”

Dua siri ini pula tiada kaitan dengan MCU secara terus. Tetapi adalah satu siri TV mengenai dunia realiti. Marvel’s Hero Project adalah kisah di mana kanak-kanak yang berani dan berhati mulia bertindak sebagai seorang ‘adiwira’ untuk lakukan sesuatu. Sebagai tanda hormat, Marvel sambut kanak-kanak ini sebagai adiwira dan mungkin akan kaitkan mereka semua dengan adiwira Marvel. ‘Marvel 616’ adalah bukan tajuk akhir. Tetapi, ia adalah satu siri dokumentari mengenai sejarah, budaya, kehidupan sosial pembuat filem, penulis, pencipta watak yang menjadi inspirasi kepada Marvel Universe.


Kesemua siri ini sudah disahkan akan hadir dalam Disney+. Tetapi tarikh rasmi masih belum diberitahu. Ada antara siri ini sudah pun dalam pembangunan dan ada juga yang hanya rancangan. Tetapi, platform Disney+ adalah sesuatu yang menarik dan berbaloi untuk dimiliki. Adakah perasaan anda buat siri-siri TV Marvel di Disney+ ini?

Sohor Kini