Skip to main content

Natalie Portman diumumkan kembali melakonkan watak Jane Foster di dalam filem Thor : Love and Thunder. Ini bukan satu-satunya kejutan yang dilakukan oleh Marvel di SDCC. Jane Foster kini disahkan akan menjadi Thor The Goddess of Thunder di dalam filem yang sama.

Tukul Mjolnir akan diacungkan oleh Jane Foster selari dengan jalan cerita siri komik yang ditulis oleh Jason Aaron pada tahun 2014. Reaksi dari peminat adalah bercampur baur. Ada yang merasakan ini ialah tindakan menarik selepas Thor kelihatan seperti hilang arah di akhir Endgame. Peminat komik pastinya gembira melihat Thor sebagai wanita tetapi sebilangan kecil peminat merungut Mjolnir seharusnya diberikan kepada Valkyrie.

Ini adalah langsung tidak selari dengan siri komik dimana beliau langsung tidak pernah menjadi Thor. Dengan Jane Foster sebagai Thor, mungkinkah dunia lebih bersedia untuk kemunculan Beta Ray Bill yang mengacungkan Stormbreaker kelak?

Leave a Reply