Informasi Permainan Video Terkini
Kutipan Avengers: Endgame Kini Mencapai Lebih $2.789 Bilion – Kini Adalah Filem Dengan Kutipan Tiket Tertinggi

Kutipan Avengers: Endgame Kini Mencapai Lebih $2.789 Bilion – Kini Adalah Filem Dengan Kutipan Tiket Tertinggi

Diterbitkan pada July 21, 2019 oleh .

Status Avatar sebagai filem dengan kutipan tiket tertinggi akhirnya berakhir selepas sembilan tahun. Kevin Feige, presiden Marvel Sudios mengumumkan filem Avengers : Endgame kini telah melangkaui $2,789 bilion dan sekaligus menjadi raja baharu box-office dunia di San Diego Comic Con hari ini.

Endgame hanya mampu memintas kutipan Avatar selepas ditayangkan semula dengan beberapa babak tambahan. Avatar kini di tempat kedua dengan kutipan $2.788 bilion diikuti oleh Titanic ($2.188 bilion) , Star Wars The Force Awakens ($2.068 bilion) dan Avengers : The Infinity War ($2,048 bilion).

Statistik yang menarik di sini ialah tujuh dari sepuluh filem dengan kutipan tiket tertinggi diterbit oleh Disney. Tiga lagi filem Avatar akan diterbitkan di bawah payung Disney selepas mereka mengambil alih studio Fox awal tahun ini.


TIPS & ULASAN