Skip to main content

Perjanjian antara Disney dan Fox sudah kita dengar sejak tahun lepas lagi. Tetapi perjanjian ini masih menjadi misteri dan banyak tanda tanya. Antara persoalan yang diterima adalah, apa akan terjadi dengan filem-filem Marvel yang dirancang Fox?

Hari ini akhirnya, perjanjian ini kini rasmi. Disney kini memiliki 21st Century Fox. Dengan perjanjian ini, platform penstriman Disney+ kelak akan mempunyai kandungan yang lebih banyak. Dengan perjanjian filem ini, Disney turut memiliki bahagian-bahagian produksi Fox;
Twentieth Century Fox, Fox Searchlight Pictures, Fox 2000 Pictures, Fox Family dan Fox Animation; unit kreatif televisyen Fox’s, Twentieth Century Fox Television, FX Productions dan Fox21; FX Networks; National Geographic Partners; Fox Networks Group International; Star India; dan pegangan Hulu Fox, Tata Sky dan Endemol Shine Group. 

Persoalan paling penting tadi adalah, filem Marvel yang dirancang Fox. Apakah nasib filem-filem seperti Fantastic Four dan francais X-Men? Semestinya, dua filem ini kelak akan memasuki dunia MCU. Tetapi, filem 18 tahun seperti Deadpool – Fox akan uruskan kerana ingin kekalkan filem ini sebagai filem 18 tahun. Jadi, siri TV MCU PG-13 akan hadir dalam Disney+, filem-filem atau siri TV 18 tahun akan disiarkan dalam Hulu.

Untuk Fantastic Four dan X-Men masih ke MCU akan mengambil masa, jadi tahun ini mungkin kita tidak akan lihat apa-apa filem atau drama rentas-watak adiwira dari Fox dan MCU ini. Bagi yang musykil berapakah nilai pengambil-alihan Disney dan Fox – ia adalah $71 Bilion, iaitu sekitar RM289,467,000,000. Sementara itu, sebagai ucapan tahniah – Ryan Reynolds yang terkenal sebagai Deadpool turut berkongsi satu gambar beliau memakai topi Mickey dan berada di dalam bas dengan perkataan Disney tertulis.

Leave a Reply