Maleficent adalah filem pertama Disney yang memfokuskan watak antagonis. Ia juga merupakan filem aksi-nyata berdasarkan animasi klasik Sleeping Beauty, yang mana memperlihatkan perspektif watak Maleficent. Filem ini pertama kali ditayangkan kepada umum pada tahun 2014. Selang 5 tahun kemudian, Disney mengumumkan sekuel buat filem ini.

Akhir filem “Maleficent”, Maleficent menjadi “baik” dan mengembalikan kawasan taklukan beliau kembali ceria daripada gelap dan ngeri. Maleficent juga telah pun berbaik dengan Puteri Aurora. Dalam video acah terbaru, Puteri Aurora dilihat telah dilamar oleh Putera Philips – tetapi Maleficent tidak merestuinya. Kemudian, Permaisuri Ingrith ingin menjadikan Puteri Aurora sebagai anak beliau dan juga pengganti tempat beliau. Bermula dari situ, Maleficent mula mengamuk dan berubah menjadi jahat.

Jelas di sini, Maleficent cemburu dan tidak berpuas hati dengan keputusan dari kedua-dua pihak. Oleh yang demikian, Maleficent mula menyerang kota Permaisuri Ingrith dan turut kelihatan beliau telah berubah ke bentuk ahli sihir penuh yang jelas lebih jahat dan kejam. Terdapat adegan yang Maleficent di tembak, tetapi saya pasti – itu bukan penamat. Persoalannya, adakah benar Maleficent hanya seorang ibu betari yang cemburu atau ada sebab lainnya?

Filem “Maleficent: Mistress of Evil” akan ditayangkan di pawagam tempatan bermula 17 Ogos. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai filem ini, terus ikuti Aksiz dan sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply