Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan penembak dengan muzik Heavy Metal seperti Doom, anda mungkin berminat dengan permaain seterusnya oleh Big Sugar dan Steel Mantis yang diumumkan ketika acara E3 2019 lepas iaitu Valfaris.

Menurut pembangun, permainan memfokuskan bentuk aksi 2D platformer dengan bermuzik Heavy Metal di mana ianya bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC sekitar tahun ini.

Valfaris akan meletakkan pemain untuk mengembara di angkasa galaksi dan pada masa yang sama bertempur dengan pelbagai jenis musuh dengan bentuk pertempuran dan tembakan yang pantas dan ganas. Dengan tema muzik Heavy Metal, permainan ini akan membawa pelbagai bentuk permainan beraksi yang pasti akan membuat pemain menyukainya.

Menariknya, permainan ini dibangunkan oleh pembangun buat permainan Slain: Back From Hell dan juga menyertakan muzik latar oleh bekas pemain guitar dari Celtic Frost iaitu Curt Victor Bryant.

Ketika kami menonton video acah di atas, kami juga teringat akan permainan aksi yang seakan sama dengan bentuk tersebut iaitu Doom Troopers yang mana ianya kelihatan mempunyai visual yang seakan sama.

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain Valfaris, demo permainan tersebut boleh dimainkan di PC melalui Steam secara percuma.

Leave a Reply