Informasi Permainan Video Terkini
505 Games Memperlihatkan Bentuk Permainan Buat Journey To The Savage Planet Sempena E3 2019
PC

505 Games Memperlihatkan Bentuk Permainan Buat Journey To The Savage Planet Sempena E3 2019

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Disember lepas, 505 Games mengumumkan permainan Journey To The Savage Planet yang mana ianya adalah satu permainan penerokaan planet yang dibangunkan oleh Typhoon Studios buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.

Terkini, ketika acara E3 2019 yang berlangsung minggu ini, 505 Games berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut disamping mempertontonkan video acah bentuk permainannya.

Journey To The Savage Planet merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan penerokaan planet. Melaluinya, pemain akan bertembung dengan pelbagai jenis mahkluk asing dan pada masa yang melihat pelbagai jenis bentuk flora dan fauna planet tersebut.

Permainan ini dibangunkan oleh studio baharu iaitu Typhoon Studios di mana mereka terdeiri daripada bekas pembangun-pembangun veteran dari Ubisoft dan Eletronic Arts.

Menurut 505 Games, permainan tesebut akan dilancarkan pada awal tahun 2020 ini.


TIPS & ULASAN