Informasi Permainan Video Terkini
Catherine: Full Body – Joker Dari Persona 5 Bakal Tiba Sebagai Watak DLC

Catherine: Full Body – Joker Dari Persona 5 Bakal Tiba Sebagai Watak DLC

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Sebelum ini, kami berkongsi yang mana permainan Catherine: Full Body akan dilancarkan pada September ini di Playstation 4. Terkini, ketika acara E3 2019, Atlus berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Melalui video acah diatas, Atlus memperlihatkan watak Joker dari Persona 5 yang mana beliau merupakan watak DLC khas. Menurut Atlus, pemain berupaya untuk menggunakan watak tersebut untuk bermain di mod Babel dan Colosseum. Menariknya sekali, watak tersebut juga akan menyertakan ulasan khas dari pasukan Phantom Thieves dari Persona 5 bersama suara latar khas daripada suara aslinya di dalam permainan Persona 5.

Watak Joker tersebut akan dilancarkan sebagai DLC khas setelah permainan Catherine: Full Body ini dilancarkan kelak September ini. Menurut Atlus, ianya boleh dibeli secara berasingan dan ianya juga akan disertakan secara bersama buat edisi Deluxe permainan tersebut.

Sememangnya penyertaan watak Joker tersebut tidaklah satu pengumuman yang mengejutkan memandangkan kedua-dua permainan tersebut dibangunkan oleh studio yang sama.

Catherine: Full Body merupakan permainan pernambah-baikkan yang mana ianya bakal dilancarkan pada 3 September 2019 ini khas di konsol Playstation 4.


TIPS & ULASAN