Selepas pengumuman tahun lepas oleh Atlus berkenaan Catherine: Full Body, tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh mereka berkenaan pelancarannya secara global.

Namun kini, Atlus akhirnya mengumumkan bahawa ianya bakal tiba pada 3 September 2019 ini di Playstation 4.

Catherine: Full Body merupakan permainan pernambah-baikkan daripada permainan asal Catherine yang dilancarkan pada tahun 2011 lepas di Playstation 3 dan Xbox 360.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini bukan sahaja akan menyertakan beberapa pernaik-tarafan visual dan kandungan baharu, malah ianya juga memperkenalkan watak Catherine ketiga iaitu Rin. Selain itu, melalui versi ini, Atlus juga akan menyertakan dua pilihan suara latar sama ada bahasa Inggeris ataupun bahasa Jepun.

Selain itu, Atlus juga mengumumkan edisi terhad buat permainan tersebut yang mana mereka akan menyertakan dua versi khas iaitu edisi pelancaran yang menyertakan bekas besi khas. Manakala versi Heart’s Desire Premium Edition pula akan menyertakna buku karya seni, muzik latar, bekas besi, kotak pengumpul khas bersama-sama patung kambing biri-biri khas.

Sebelum ini, Atlus juga melancarkan Catherine Classic di PC melalui Steam dimana anda boleh mendapatkannya dengan harga RM85.

Catherine: Full Body bakal tiba secara esklusif di Playstation 4 bermula September ini.

Sohor Kini