Awal minggu ini, Suda51 dan Grasshopper Manufacture mengumuman Travis Touchdown bakal kembali dengan permainan No More Heroes III ketika acara Nintendo Direct E3 2019.
Terkini, dengan berlangsungnya acara E3 di Amerika Syarikat, Suda51 pengarah buat permainan tersebu berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan tersebut. Bersempena dengan itu, beliau juga memperlihatkan video acah yang diumumkan sebelum dengan beberapa adegan tambahan.
Menurut Suda51, beliau masih lagi menulis senario penceritaan permainan tersebut dan buat masa ini, pembangunan permainan tersebut hanya bermula 6 bulan lepas. Namun, beliau berharap untuk menghasilkan permainan yang mana bukan sahaja peminat nantikan, malah sebuah permainan yang ingin dimainkan oleh beliau sendiri.

Menurut Suda51, beliau juga akan menyertakan senjata Death Glove dan Death Drive daripada permainan Travis Strikes Again: No More Heroes, namun senjata utama Beam Katana dan kemahiran bergusti Travis akan menjadi bentuk utama permainan ini.
Suda51 juga menyatakan perwatakan Travis juga lebih matang kali ini di mana No More Heroes III akan berlangsung beberapa tahun selepas permainan No More Heroes II: Desperate Struggle dan tambah beliau, Travis kali semestinya akan memperlihatkan pembangunan watak yang lebih menarik berbanding permainan sebelum ini.

Memandangkan dua permainan No More Heroes sebelum ini memfokuskan bentuk kawalan secara pergerakkan, Suda51 juga berminat untuk membawanya kembali buat permainan ini. Namun buat masa ini, mereka masih lagi dalam proses pembangunan dan Suda51 juga menyatakan No More Heroes III masih lagi boleh dimainkan secara kawalan biasa.
Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, No More Heroes III sekali lagi akan memfokuskan watak Travis Touchdown di mana beliau akan kembali di bandar Santa Destroy dan beliau akan bertempur dengan satu objek atas langit yang berterbangan di langit. Menurut Grasshopper Manufacture, pelakon suara latar Robin Atkin Downes dan Paula Tiso juga dilaporkan bakal kembali melakonkan watak Travis Touchdown dan Sylvia Christel.
Sememangnya No More Heroes III masih lagi berada di peringkat awal pembangunan dan menurut Suda51, ianya akan dilancarkan pada tahun 2020 secara eksklusif di konsol Switch.