Ketika acara Nintendo Direct yang berlangsung hari ini, Nintendo mengumumkan mereka akhirnya akan membawa permainan seterusnya buat siri No More Heroes, iaitu No More Heroes 3 ke konsol Switch secara eksklusif menjelang tahun hadapan.

Bagi anda yang baru dengan siri No More Heroes, ianya asalnya adalah permainan yang dilancarkan di konsol Wii di mana ianya memfokuskan watak Travis Touchdown berbentuk permainan beraksi.

Sebelum ini, Grasshopper Manufacture juga melancarkan permainan sampingan buat siri tersebut iaitu Travis Strikes Again: No More Heroes yang mana ianya telah pun dilancarkan di Switch dan bakal tiba di Playstation 4 dan PC kelak.

No More Heroes III sekali lagi akan memfokuskan watak Travis Touchdown di mana beliau akan kembali di bandar Santa Destroy dan beliau akan bertempur dengan satu objek atas langit yang berterbangan di langit.

Buat masa ini, permainan in dijadualkan bakal tiba tahun hadapan dan pelakon suara latar Robin Atkin Downes dan Paula Tiso juga dilaporkan bakal kembali melakonkan watak Travis Touchdown dan Sylvia Christel.

Sohor Kini