Awal minggu ini, Bandai Namco mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan Code Vein pada September ini.
Terkini, Bandai Namco SEA akhirnya berkongsi yang mana permainan tersebut akan tiba secara rasmi buat pasaran Malaysia, juga pada tarikh yang sama iaitu 27 September 2019 dan mereka juga memperlihatkan edisi terhad buat permainan tersebut.
Bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga mempertonton video acah baharu yang memperlihatkan adegan dan bentuk permainan yang lebih mendalam.
Code Vein merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan bentuk pertempuran yang mencabar. Ianya bukan sahaja mempunyai bentuk secara solo, malah bentuk multi-pemain juga diumumkan bakal tiba secara bersama. Pemain juga berupaya untuk menghasilkan watak mereka sendiri.
Menurut penerbit Keita Lizuka, beliau menyatakan bahawa mereka percaya peminat pasti akan bentuk penceritaan dan permaiann Code Vein yang mana mereka juga banyak membaik pulih permainan tersebut ketika sesi percubaan atas-talian sebelum ini.

Bersempena dengan pengumuman tersebut, Bandai Namco juga memperlihatkan edisi terhad yang mana ianya menyertakan sebilangan kandungan khas seperti:
- Kotak khas edisi pengumpul
- Permainan penuh
- Figura Mia Karstein
- Buku karya ‘Code Vein World Report’
- Muzik latar asli Code Vein
- Kandungan digital – aksesori dan topeng buat watak
- Kandungan digital – Set pengubah-suian Insatiable Bloodthisrt
- Kandungan digital – set cop

Selain itu, Bandai Namco juga menyertakan beberapa kandungan khas buat mereka yang membuat pra-tempahan seperti tema khas permainan Code Vein bersama-sama senjata kolaborasi antara permainan God Eater dan Blood Veil Ogre “Venous Claw”.
Code Vein bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam menjelang 27 September 2019 ini.