Informasi Permainan Video Terkini
Black Desert Diumumkan Bakal Tiba Di Playstation 4 – Pra-Tempahan Bakal Bermula Julai Ini

Black Desert Diumumkan Bakal Tiba Di Playstation 4 – Pra-Tempahan Bakal Bermula Julai Ini

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Awal tahun ini, Pearl Abyss melancarkan permainan Black Desert di konsol Xbox One dan kini, mereka mengumumkan bahawa permainan tersebut bakal tiba di konsol Playstation 4.

Buat masa ini tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Namun, menurut Pearly Abyss, ianya boleh dipra-tempah bermula 2 Julai 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Black Desert asalnya merupakan permainan MMORPG yang dilancarkan di PC. Melalui versi konsol, Pearl Abyss menyatakan mereka membangunkannya secara khas dengan kawalan melalui alat kawalan.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan membuat pendaftaran awal, anda boleh ke pautan di bawah.

Daftar: Black Desert di Playstation 4


TIPS & ULASAN