Skip to main content

NIS America minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan pernambah-baikkan Disgaea 4 Complete+ ke konsol Playstation 4 dan Switch. Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Disgaea 4 asalnya dilancarkan di Playstation 3 dan Playstation Vita di mana ianya adalah permainan keempat buat siri Disgaea dengan tajuk Disgaea 4: A Promise Unforgotten. Melalui permainan ini, ianya memfokuskan watak Valvatorez dengan bentuk strategi secara turutan.

Melalui Disgaea 4 Complete+, NIS America akan menyertakan beberapa pernaik-tarafan dan juga sokongan dwi-bahasa antara bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

Melalui versi lengkap ini juga, NIS America akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan lain seperti kandungan penceritaan tambahan bersama-sama dengan lebih dari 30 watak baharu yang boleh dinyah-kunci.

Bagi anda yang meminati siri ini, kami pasti akan mengemaskini tarikh pelancaran setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply