Skip to main content

Ketika acara persidangan Square-Enix semalam, Original Fire Games mengumumkan permainan perlumbaan Circuit Superstar di mana ianya merupakan permainan di bawah initiatif Square-Enix Collective.

Circuit Superstars merupakan permainan perlumbaan yang memfokuskan bentuk kamera atas-bawah di mana ianya dirancang untuk dilancarkan pada 2020 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Permainan ini dibangunkan oleh Original Fire Games, di mana mereka terdiri daripada 6 pembangun sahaja dan menurut Carolina Mastretta, pengarah dan penerbit dari studio tersebut, mereka percaya mereka bakal membawa sesuatu yang berlainan untuk permainan perlumbaan buat masa kini melalui permainan Circuit Superstars.

Leave a Reply