Konami akhirnya mengumumkan permainan baharu untuk siri Pro Evolution Soccer (PES) iaitu PES 2020, menariknya permainan kali ini ia dinamakan sebagai eFootball PES 2020. Kami tidak pasti mengapa berlakunya perubahan nama tersebut.

Sebagai satu permainan baharu, ia juga menyertakan pelbagai penambah-baikkan. Antaranya adalah bentuk permainan;

  • Melalui PES 2020 mereka akan menyertakan finesse dribbling yang akan memberikan pemain lebih kawalan semasa melakukan dribbling.
  • Ia juga akan menyertakan cara untuk menerima bola yang lebih baik untuk membantu pemain menjauhkan diri daripada pemain lawan. Antara yang diperkatakan adalah menerima tanpa menyentuh bola (no touch control).
  • Kejituan tendangan/hantaran dipertingkatkan dengan mengambil kira keadaan pemain seperti kestabilan pemain, kedudukan pemain di padang, dan juga tekanan daripada lawan. Ia akan menjadikan tendangan/hantaran lebih realistik.
  • Pertahanan juga dipertingkat dengan menyertakan animasi sliding tackle yang lebih baik, animasi tandukkan yang lebih realistik dan juga kebolehan untuk pemain melakukan kesalahan secara sengaja untuk menghalang daripada pihak lawan menjaring.
  • Seperti diumumkan oleh FIFA 20, PES 2020 juga dikatakan akan mempunyai fizik bola yang lebih baik. Ia penting untuk menentukan pergerakan bola.
  • Sistem penyesuaian interaksi pemain juga akan disertakan, ia akan memberi kesan kepada kelakuan pemain dan juga rakan sepasukan mengikut keperibadian pemain tersebut. Contohnya, jika pemain yang terkenal dengan dribbling, rakan sepasukan akan menukar posisi kedudukan yang lebih luas.
  • Ia juga akan menyertakan pelbagai skill dan kebolehan baharu termasuk juga pelbagai gaya berdasarkan Ronaldinho.

PES 2020 juga akan menyertakan pelbagai peningkatan untuk mod Master League. Ia merupakan mod simulasi pengurusan pasukan bola sepak. Antara peningkatan yang dikongsi adalah;

  • Memberikan perasaan yang lebih realistik, ia akan menyertakan sistem dialog yang akan membolehkan anda untuk mempunyai penceritaan tersendiri semasa bermain.
  • Ia juga menjanjikan perpindahan yang lebih realistik. PES 2020 akan menggunakan algoritma baharu yang dihasilkan berdasarkan perpindahan bola sepak di dunia nyata. Ia juga akan mempunyai pelbagai tetapan untuk memberi pemain lebih pilihan.
  • Rekaan pengurus juga dipertingkatkan memberi model yang lebih baik, selain itu pemain juga boleh memilih untuk menggunakan pengurus dunia nyata seperti Zico, Cruyff dan Maradona.

Mod baharu juga diperkenalkan iaitu Matchday. Melalui mod ini, pemain akan memilih satu kelab kegemaran dan perlu berlawan dengan pemain lain untuk menerima Event Points. Walaupun anda kalah, ia masih akan memberikan Event Points. Pasukan yang mendapat Event Points tertinggi akan melayakkan diri ke Grand Final.

Kemudian kesemua perlawanan yang berlaku akan dianalisa untuk mencari pemain terbaik bagi menjadi wakil kepada pasukan tersebut. Kesemua pemain akan menerima ganjaran.

Seperti biasa, PES 2020 juga akan menyertakan grafik yang lebih baik. Antara yang diperkatakan adalah kualiti pencahayaan yang lebih baik dan realistik. Model pemain juga dipertingkatkan terutama untuk pemain-pemain utama. Ia juga akan menyertakan adegan serta ulang tayang yang lebih realistik, selain menjanjikan visual padang yang lebih baik.

Ia akan dikeluarkan dengan dua edisi iaitu Standard Edition dengan harga RM211 dan juga Legend Edition dengan harga RM284. eFootball PES 2020 akan dikeluarkan pada 10 September 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

https://www.youtube.com/watch?v=fK3_uf8FLHc

Sohor Kini