Informasi Permainan Video Terkini
Empire Of Sin – Permainan Strategi Empayar Jenayah Oleh Paradox Interactive

Empire Of Sin – Permainan Strategi Empayar Jenayah Oleh Paradox Interactive

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Salah satu permainan yang diumumkan oleh Nintendo Direct semalam, adalah permainan seterusnya oleh Romero Games dan Paradox Innteractive iaitu Empire Of Sin.

Menurut mereka, permainan tersebut bakal tiba tahun hadapan di Switchm Playstation 4, Xbox One dan PC.

Empire Of Sin merupakan permainan strategi jenayah di mana ianya bertempatkan di era 1920an di bandaraya Chicago. Melaluinya, pemain perlu membina empayar jenayah dan pada masa yang sama mempertahannya daripada musuh-musuh.

Menariknya, permainan ini juga akan memfokuskan bentuk naratif berwatak yang mana setiap pilihan dan hubungan pemain antara watak lain akan memberi kesan terhadap empayar tersebut.

Semestinya ini adlaah satu permainan berkonsepkan yang sangat menarik dan kami pasti akan berkongsi jika terdapat sebarang informasi tambahan.


TIPS & ULASAN