Luigi’s Mansion 3 sebelum ini diumumkan ketika acara Nintendo Direct September lepas. Terkini melalui acara Nintendo Direct E3 2019, Nintendo memperlihatkan dengan lebih lanjut berkenaan permainan tersebut seperti bentuk permainan baharu dicampur kandungan permainan yang bakal tiba.

Melalui Luigi’s Mansion 3, pemain akan mengembara bersama Luigi di dalam hotel berhantu yang mana asalnya beliau bercuti bersama Mario dan rakan-rakan. Namun, King Boo iaitu penjahat di dalam permainan ini mengambil kesempatan untuk menculik Mario dan rakan beliau, sekaligus Luigi perlu menyelamatkan mereka.

Sekali lagi dengan dilengkapkan alat Poltergust yang dinaik-taraf, Luigi kini berupaya untuk melakukan sebilangan bentuk serangan yang berbeza untuk bertempur dengan hantu-hantu tersebut seperti keupayaan untuk membaling dan menembak tembakan sedutan.

Selain itu, Luigi juga berupaya untuk menukar kepada bentuk cecair goo yang dipanggil Gooigi dan ianya berupaya untuk bergerak ke lokasi yang tidak boleh dilalu oleh Luigi.

Tambahan itu, bagi anda yang ingin bermain bersama rakan atau keluarga anda, Luigi’s Mansion juga akan menyertakan bentuk multi-pemain sehingga 8 pemain melalui mod ScareScraper dan pemain perlu bekerjasama untuk menewaskan musuh hantu, menyelesaikan tekaria dan sebagainya.

Luigi’s Mansion 3 dijadualkan untuk dilancarkan tahun ini secara eksklusif di konsol Switch.

Sohor Kini