Informasi Permainan Video Terkini
Daemon X Machina Bakal Tiba 13 September Ini Khas Di Konsol Switch

Daemon X Machina Bakal Tiba 13 September Ini Khas Di Konsol Switch

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Permainan robot mecha Daemon X Machina akhirnya mendapat tarikh pelancaran di mana melalui Nintendo Direct, Nintendo dan marvelous mengumumkan ianya bakal tiba eksklusif di konsol Switch bermula 13 September 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Daemon X Machina merupakan permainan pertempuran robot mecha yang diumumkan pada E3 2018 lepas. Permainan ini memfokuskan robot mecha yang boleh dipandu pemain dimana ianya dinamakan Arsenal.

Melalui permainan ini, pemain berupaya untuk mengubah-suai Arsenal pemain tersebut dimana kelengkapan dan senjatanya boleh dikutip ketika pertempuran permainan tersebut. Pemain juga berupaya untuk memilih jenis senjata sama ada mereka akan menggunakan senjata jarak dekat ataupun senjata jarak jauh.

Terkini melalui video acah baharu di atas, Marvelous juga memperlihatkan sebilangan adegan permainan yang mana ianya menyertakan pelbagai jenis ketua musuh yang bersaiz besar dan juga bentuk yang sangat pantas.

Nantikan Daemon X Machina menjelang September ini khas di konsol Switch.


TIPS & ULASAN