Skip to main content

Nintendo seperti biasa mengeluarkan Direct mereka bersempena E3, dan untuk tahun ini mereka bermula dengan memperlihatkan trailer untuk permainan yang memfokuskan kepada pertempuran robot iaitu Daemon X Machina.

Permainan ini dibangunkan oleh Marvelous yang terkenal dengan permainan Senran Kagura. Berdasarkan rekaan robot dan teknik permainan, permainan ini adalah seakan Armored Core yang dikeluarkan oleh From Software.

Perkara tersebut mungkin disebabkan ia akan melibatkan Kenichiro Tsukuda dan Shōji Kawamori yang turut terlibat di dalam pembangunan Armored Core. Permainan ini dikatakan akan dikeluarkan pada tahun 2019.

Leave a Reply