Informasi Permainan Video Terkini
Panzer Dragoon Bakal Kembali Sebagai Permainan Pernambah-Baikkan Di Konsol Switch Tahun Ini

Panzer Dragoon Bakal Kembali Sebagai Permainan Pernambah-Baikkan Di Konsol Switch Tahun Ini

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Panzer Dragoon iaitu salah satu permainan penembak yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol SEGA Saturn, kini tampaknya bakal kembali sebagai permainan pernambah-baikkan di mana ketika acara Nintendo Direct, SEGA dan Nintendo mengumumkan bahawa permainan Panzer Dragoon akan dilancarkan di Switch tahun ini.

Menurut Nintendo, permainan tersebut akan menyertakan sebilangan pernaik-tarafan dari segi visual grafik dan juga bentuk kawalan.

Menariknya, berdasarkan video acah dibawah, permainan tersebut juga kelihatan mempunyai bentuk visual baharu yang sangat menawan, dengan pengubah-suaian kamera ynag menyeleruh.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut.


TIPS & ULASAN