Skip to main content

Ketika acara persidangan Square-Enix hari ini, mereka mengumumkan secara rasmi yang mana mereka akan membawa permainan Romancing SaGa 3 dan SaGa: Scarlet Grace Ambitions secara global.

Kedua-dua permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di mana Romancing SaGa 3 adalah permainan yang asalnya dilancarkan pada 1995 lepas. Kini melalui versi pernambah-baikkan ini, Square-Enix menjanjikan pernaik-tarafan visual yang lebih tinggi di campur dengan lokasi dan senario penceritaan baharu.

Romancing SaGa 3 akan tiba di konsol Playstation 4, Playstation Vita, Xbox One, PC dan juga versi permua buat peranti iOS dan Android.

Manakala SaGa: Scarlet Grace Ambitions pula merupakan permainan yang asalnya dilancarkan buat pasaran Jepun sahaja beberapa tahun lepas. Kini melalui versi global ini, Square-Enix menajnjikan pelbagai kandungan tambahan dari segi visual grafik, pelakon suara latar dan pelbagai betuk penceritaan baharu akan disertakan.

Menurut Square-Enix, SaGa: Scarlet Grace Ambitions bakal tiba di konsol Playstation 4, Switch dan PC bersama-sama dengan versi permua di iOS dan Android.

Buat masa ini, tarikh pelancarnanya masih belum diumumkan dan bagi anda yang ingin melihat video acah kedua-dua permainan tersebut, anda boleh menontonnya di bawah.

Leave a Reply