Persidangan Square-Enix akhirnya berakhir di mana mereka mengumumkan pelbagai permainan yang bakal dilancarkan kelak. Antaranya adalah permainan yang dinantikan ramai hasil kerjasama antara Eidos Montreal dan Crystal Dynamics, iaitu Marvel’s Avengers.

Marvel’s Avengers merupakan permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan adiwira Avengers terdiri daripada Captain America, Iron Man, Thor, Hulk dan Black Widow. Ketika penghujung persidangan, watak Hank Pym, Ant-Man juga diperlihatkan

Menurut Square-Enix, permainan ini akan menyertakan penceritaannya tersendiri dalam bentuk naratif sinematik.

Permainan ini akan bermula ketika acara A-Day di mana 5 adiwira Avengers diserang dan ditimpa malapetaka sekaligus membuatkan mereka berpecah. Selang 5 tahun kemudian, adiwira-adiwira kemudianya diharamkan, namun dunia masih lagi memerlukan mereka. Sekaligus pasukan Avengers akan kembali untuk bekerjasama untuk menyelesaikan misteri penjahat permainan ini.

Menariknya juga, mereka juga menyatakan permainan ini akan menyertakan mod multi-pemain secara koperasi dan pada masa akan datang mereka akan menyertakan pelbagai lagi adiwira lain secara percuma.

Ketika acara persidangan Square-Enix, mereka juga memperlihatkan pelbagai pelakon suara terkenal seperti Troy Baker, Nolan North, Laura Bailey dan sebagainya akan melakon watak-watak Avengers tersebut.

Menurut Square-Enix, Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada 15 Mei 2020 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, PC dan juga Stadia.

[sedang dikemaskini]

Sohor Kini